SK BUKIT TAJAU MARAN

Artikel Informasi

Sejarah Sekolah 

            Sekolah Kebangsaan (FELDA) Bukit Tajau telah dibuka dengan rasminya pada 3 JUN 1968. Ia terletak di dalam rancangan FELDA. Bangunan sekolah ini telah pun siap ketika peneroka memasuki rancangan. Sekolah ini terletak kira-kira 9 km dari Bandar Maran. Sekolah ini digredkan sebagai sekolah gred A dalam kategori sekolah harian dan waktu persekolahannya hanya pada sesi pagi iaitu dari pukul 7.50 pagi hingga 1.05 petang. Mempunyai keluasan 32371 meter persegi. Mempunyai dua blok bangunan sekolah satu tingkat dan kantin diawal pembukaannya.         
            Mulanya, bilangan bilik darjah hanya enam kelas, iaitu darjah satu hingga darjah enam. Pada tahun 1981, sebuah bangunan baru dua tingkat telah siap dibina  bagi menampung pelajar yang semakin bertambah. Senario yang sama juga telah berlaku pada tahun 2010, dimana sebuah lagi bangunan baru tiga tingkat siap dibina bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran, ekoran daripada pertambahan pelajar di sekolah ini. Guru Besar yang pertama bertugas disekolah ini ialah En. Sulaiman bin Sidek iaitu pada tahun 1986. Sehingga kini, sudah ramai para guru datang dan pergi serta mencurahkan bakti dan keringat mereka di sini. Jasa mereka mereka akan tetap dikenang dan diingati.
            Sejak sekolah ini dibuka, ianya telah melahirkan pelajar yang cemerlang di dalam Peperiksaan Penilaian Darjah Lima (PPDL) dan juga Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Pelajar-pelajar dari sekolah ini juga bukan sahaja cemerlang dari segi akedemik malahan kokurikulum. Ramai diantara pelajar disini melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading dan menjadi harapan keluarga, nusa dan bangsa.

 
 
Make a Free Website with Yola.